khasiat makanan sunnah

KURMA

Kurma dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser dan mengelak serangan angin ahmar. Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini telah meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.

KISMIS

Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.

MADU

Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

HABBATUS SAU’DA

Habbatus sau’da adalah salah 1 makanan sunnah yang mempunayi banyak kelebihannya. Antara kelebihan habbatus sau’da ialah mampu mengurangkan tekanan darah tinggi, mengawal penyakit diabetis, mrningkatkan daya ingatan, merawat penyakit asma, mengurangkan risiko kanser, dan merawat penyakit kuli.

SUSU KAMBING

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN

MENGAMBIL MAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Selain itu, kita juga hendaklah minum air mineral sekurang – kurangnya 8 gelas sehari.

BERSENAM

Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 20 minit bagi setiap sesi dan bertambah menyeronokkan bersenam bersama keluarga

PENGAMBILAN MAKANAN SAMPINGAN

Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk
menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.

MENJAGA HATI

Untuk menjaga kesihatan, perkara yang utama adalah menjaga hati. “Dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baik pula seluruh tubuhnya; dan jika ia rosak, maka rosak pula seluruh tubuhnya. Ketahuilah, itulah hati.” (Al-Hadis).